Friday, March 20, 2009

Our School in Newspaper





Our local newspaper Daily Express, reported about our school last month on 10th February 2009...Below is the report that I managed to get from the Keningau District Library...



Penduduk Rayu Rumah Guru Disiap Segera.

Rozie Jumat

KENINGAU : Penduduk di dua buah kampung di Mukim Dalit merayu bangunan rumah guru di SK Malaing disiapkan dengan segera. Ini kerana kerja-kerja pembinaan bangunan dua buah rumah konkrit itu sering dilengah-lengahkan dan sepatutnya siap tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan (JKK) Kampung Karamatoi Ulu, Linus Sinangkil berkata, mereka melihat perkembangan bangunan itu sejak dari tahun lalu. Namun apa yang mereka lihat ialah, pekerja binaan seringkali pulang bercuti dan projek itu lambat disiapkan.

"Guru-guru yang mendidik anak-anak kami bersesak-sesak di dalam satu buah rumah yang hanya ada tiga bilik. Ini memang tidak selesa. Kami mahu mereka gembira mengajar di sini," kata Linus memberitahu Daily Express.

Menurut Linus, ramai guru yang dihantar ke kampung itu untuk mengajar suka dengan suasana kampung yang terpencil itu, tetapi guru-guru itu akhirnya memohon perpindahan kerana tidak ada tempat tinggal. Pada ketika ini terdapat empat buah rumah guru disediakan di SK Malaing. Dimana tujuh guru bersesak di dalam sebuah rumah, tinggal bersama antara lelaki dan wanita.

"Cubalah anda bayangkan keadaan mereka sepeti itu, mereka tidak selesa. Oleh itu kami merayu agar rumah guru itu tolonglah segerakan pembinaannya, janganlah lengah-lengahkan," kata Linus.

Kampung Malaing dan Karamatoi Ulu menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Malaing

Seorang guru yang baru dihantar bertugas di SK Malaing, Namri Achamad dari Lahad Datu berkata, beliau tinggal dengan dua lagi orang guru dalam satu bilik.

"Saya hendak bawa keluarga dan anak ke sini, saya suka tempat ini, tetapi tempat tinggal tidak cukup. Saya sangat rindukan anak saya," kata Namri.

Bagi dirinya tidak ada masalah untuk bergaul dengan masyarakat Murut yang bukan beragama Islam kerana penduduk kampung itu saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Seorang guru yang berasal dari Tambunan bernama Carl, yang masih bujang berkata, bagi dirinya tidak ada masalah untuk mengajar di kawasan luar bandar.

Carl yang sudah lima tahun mengajar di SK Malaing berkata, ramai guru yang dihantar ke sekolah itu minta ditukar ke tempat lain kerana tidak ada penempatan.

"Kalau yang berkeluarga memanglah susah. Ada rumah tapi tidak rasa seperti rumah sendiri kerana dikongsi dengan yang lain.

Memang simpati tapi hendak buat macam mana lagi. Main sabar sahajalah," kata Carl. Beliau menyukai suasana kampung itu juga hanya keluar ke bandar jika ada urusan rasmi.

Extracted from Daily Express, Tuesday, 10th February, 2009 (Malay Section)






No comments: