Tuesday, April 21, 2009

Friday, April 17, 2009

Gambar "Ancient" Malaing

Gambar ini saya perolehi daripada Cikgu Atik yang pernah mengajar di sekolah ini pada tahun 70-an. Semasa beliau menjaga peperiksaan UPSR tahun lalu (2008), beliau telah membawa bersama-sama koleksi gambar-gambar beliau untuk tatapan kami. Kebanyakan murid-murid yang pernah beliau ajar sekarang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak masing-masing, malahan ada yang sudah mempunyai cucu. Dan yang menarik lagi murid-murid UPSR yang beliau jaga juga merupakan anak-anak kepada bekas muridnya.

Cikgu Atik


Gambar beramai-ramai Cikgu Atik dengan murid-muridnya. Saya difahamkan bangunan di belakang ialah bangunan sekolah manakala bangunan di sebelah kiri adalah rumah guru.
Kedua-dua bangunan ini diperbuat dari bambu.


Cikgu Atik bersama-sama dengan murid-muridnya. Antara yang saya boleh cam ialah En. Patrick Angaat, En. John Sambulur dan Pn Diada Rasik.


Cikgu Atik dengan murid-muridnya. Murid yang memakai tali leher itu ialah En. Jaffar Rapan, sekarang ni Ketua Kampung di sini. Nampak sangat ketokohannya sejak kecil. Bangunan di sebelah kiri ialah bangunan sekolah terletak di atas bukit kecil. Sekarang ni kawasan in sudah diratakan.


Satu lagi perkara yang saya perhatikan murid-murid pada masa tu besar-besar belaka. Tengok sajalah murid-murid ni hampir sama besar dengan cikgunya...




Thursday, April 16, 2009

Gambar Murid Sia Kana Singot


Ini gambar masa dia masi ensom boy lagi...


Gambar dia bila dia suda kana singot...dia malu-malu...


Dan malu-malu lagi...


Dan lagi...


Biarpun mata kana singot tapi nakal tetap nakal...hehe...




Ngam lai tu....

Extracted from Langkawit, Daily Express

Tuesday, April 14, 2009

Gambar Murid Tahun 1












Gambar Murid Tahun 4&5

Masa saya baru sampai ke sekolah ini murid-murid Tahun 5 ni masih di Tahun 1. Tidak sangka sudah lima tahun rupanya saya di sekolah ni. Padahal saya baru rasa macam sekejap saja...



Murid saya lebih suka kepada aktiviti seperti melukis tapi lukisan mereka tidak ada pun yang masterpiece. Satu saja harapan saya kepada budak-budak ni ialah supaya mereka dapat menghabiskan pendidikan sampai Tingkatan 5. Tapi kalau lebih daripada tu pun lebih baik lagi.



Menghafal sifir merupakan satu benda yang belum budak-budak tu kuasai sampai sekarang...harap ada orang yang boleh berkongsi kemahiran mengajar sifir dengan saya...tapi saya bukan guru Maths pula baru saya ingat...hehe...



Salah satu benda yang saya tidak suka ialah penggunaan 'correction fluid' di sekolah (budak-budak tu panggil "blingko') selain mengotorkan buku, meja dsb, ia juga menyebabkan murid-murid tu tidak berhati-hati masa buat tugasan.



Tengoklah meja murid-murid ni...comotnya bukan main...



Buat pengetahuan di sekolah saya ada dua kelas gabung iaitu kelas Tahun 4&5 dan kelas Tahun 2&3. Selalunya saya berikan aktiviti dan latihan yang sama semasa mengajar.



Cuma Tahun 4 ni masih lagi belum dapat adapt dengan suasana tahap 2...menyalin kerja masih lambat dan tulisan masih teruk...harap-harap apabila mereka naik ke Tahun 5 ada perubahan nanti.



Yang seorang ni tengah syok bercakap masa saya tangkap gambar...kerja belum tau suda siap ka?...




Cuti...Cuti...Cuti...

Selama saya menjadi cikgu ni, pada masa-masa tertentu kadang-kadang kita akan merasa bosan mengajar dan mengharapkan cuti untuk merehatkan otak yang berserabut dengan tugasan dan kerenah murid. Ini memang tidak dapat dinafikan dalam dunia guru dan saya rasa semua guru pun tentu turut merasakannya.

Semasa membelek-belek majalah APO (yang menjadi penawar jiwa saya sebagai seorang guru kerana kelakarnya yang cukup umph), saya terbaca sebab-musababnya guru suka cuti...berikut ialah hujah yang ditulis dalam majalah APO...kalau anda terbaca hujah ini, fikir-fikirkanlah..haha...


KENAPA GURU SUKA CUTI?

Penulis: Nadia

INGAT budak sekolah je yang suka kalau dapat cuti? Tak kurang jugak ngan cikgu-cikgi kat sekolah-sekolah tu...diorang lagilah suka bila dapat bercuti. Hmm..banyak benda dapat dihindarkan mahupun dibuat bila tiba hari cuti.

1. Tak payah menghadap anak-anak murid yang menyakitkan hati dan tak pernah nak dengar cakap cikgu. Cikgu mengajar ikhlas tapi anak-anak murid yang 'tegar' ni macam tak ambik kisah je. Memang dia tak kisah pun, tak lulus periksa pun boleh kerja best, gaji besar apa...betul kan?

2. Tak payah nak mengajar subjek-subjek yang dipaksa untuk mengajar di sekolah. Memang zaman sekarang ni banyak cikgu kena jadi 'cikgu serba boleh'. Sepatutnya ajar Pendidikan Jasmani je tapi dialah juga cikgu Geografi, Matematik, Sejarah dan macam-macam lagi. Kesian cikgu-cikgu camni kan...tak nak ajar, dah tugas, bila cuti tentulah meloncat sukahati.

3. Dapatlah mengelakkan kerenah mak bapak yang suka datang komplen perihal anak-anak mereka. Masalahnya semua yang datang tu takde yang datang dengan tujuan berbaik-baik, banyak yang datang nak ketuk kepala cikgu, nak salahkan sekolah dan pendek kata nak cari kesalahan kat sekolah je. Anak dia semua betul.

4. Sekurang-kurangnya selamat la sehari atau berhari-hari lagi harta cikgu daripada jadi bahan 'vandalism'. Nak-nak pulak kalau dilantik jadi guru disiplin, kemungkinan harta benda seperti kereta, motorsikal untuk dijadikan bahan 'vandalism' adalah tinggi. Setakat kempiskan tayar, toreh-toreh kereta tu biasalah kan?

5. Dapatlah berehat kejap daripada mendengar leteran guru besar atau pengetua mahupun cikgu-cikgu lain yang suka mengutuk. Kadang-kadang bukan semua guru besar atau pengetua ni yang berfikiran jauh dan matang, ada juga yang pendek akal jadi tak hairanlah banyak cikgu zaman sekarang yang semakin tension jadi cikgu.

6. Bolehlah jadi orang biasa kejap. Kalau jadi cikgu ni banyak tekanan. Sekolah harap cikgu dapat bimbing anak murid jadi murid cemerlang, mak bapak pun sama. Tapi hakikatnya, cikgu pun manusia biasa gak, kalau budak tu dah tak nak belajar, cikgu bagus camana pun tentu tak berkesan. sesekali tak pegan title cikgu tu tentu melegakan atau menghilangkan stress para cikgu.

DIPETIK DARI MAJALAH APO MAC 2009



Tabik juga la dengan penulis ni sebab dapat menyelami jiwa seorang guru...mugkin ada guru yang tidak bersetuju dengan tulisan ni....Apa pun majalah APO ni cuma majalah lawak...jadi don't take it hard...haha