Friday, March 20, 2009

Our School in Newspaper





Our local newspaper Daily Express, reported about our school last month on 10th February 2009...Below is the report that I managed to get from the Keningau District Library...



Penduduk Rayu Rumah Guru Disiap Segera.

Rozie Jumat

KENINGAU : Penduduk di dua buah kampung di Mukim Dalit merayu bangunan rumah guru di SK Malaing disiapkan dengan segera. Ini kerana kerja-kerja pembinaan bangunan dua buah rumah konkrit itu sering dilengah-lengahkan dan sepatutnya siap tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan (JKK) Kampung Karamatoi Ulu, Linus Sinangkil berkata, mereka melihat perkembangan bangunan itu sejak dari tahun lalu. Namun apa yang mereka lihat ialah, pekerja binaan seringkali pulang bercuti dan projek itu lambat disiapkan.

"Guru-guru yang mendidik anak-anak kami bersesak-sesak di dalam satu buah rumah yang hanya ada tiga bilik. Ini memang tidak selesa. Kami mahu mereka gembira mengajar di sini," kata Linus memberitahu Daily Express.

Menurut Linus, ramai guru yang dihantar ke kampung itu untuk mengajar suka dengan suasana kampung yang terpencil itu, tetapi guru-guru itu akhirnya memohon perpindahan kerana tidak ada tempat tinggal. Pada ketika ini terdapat empat buah rumah guru disediakan di SK Malaing. Dimana tujuh guru bersesak di dalam sebuah rumah, tinggal bersama antara lelaki dan wanita.

"Cubalah anda bayangkan keadaan mereka sepeti itu, mereka tidak selesa. Oleh itu kami merayu agar rumah guru itu tolonglah segerakan pembinaannya, janganlah lengah-lengahkan," kata Linus.

Kampung Malaing dan Karamatoi Ulu menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Malaing

Seorang guru yang baru dihantar bertugas di SK Malaing, Namri Achamad dari Lahad Datu berkata, beliau tinggal dengan dua lagi orang guru dalam satu bilik.

"Saya hendak bawa keluarga dan anak ke sini, saya suka tempat ini, tetapi tempat tinggal tidak cukup. Saya sangat rindukan anak saya," kata Namri.

Bagi dirinya tidak ada masalah untuk bergaul dengan masyarakat Murut yang bukan beragama Islam kerana penduduk kampung itu saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Seorang guru yang berasal dari Tambunan bernama Carl, yang masih bujang berkata, bagi dirinya tidak ada masalah untuk mengajar di kawasan luar bandar.

Carl yang sudah lima tahun mengajar di SK Malaing berkata, ramai guru yang dihantar ke sekolah itu minta ditukar ke tempat lain kerana tidak ada penempatan.

"Kalau yang berkeluarga memanglah susah. Ada rumah tapi tidak rasa seperti rumah sendiri kerana dikongsi dengan yang lain.

Memang simpati tapi hendak buat macam mana lagi. Main sabar sahajalah," kata Carl. Beliau menyukai suasana kampung itu juga hanya keluar ke bandar jika ada urusan rasmi.

Extracted from Daily Express, Tuesday, 10th February, 2009 (Malay Section)






Tuesday, March 17, 2009

Cicak Cicak di Dinding

Sial betul ni cicak o...blum habis lagi sia makan ni cracker dia suda pi tolong sia makan..sia tak da selera suda mo makan ni.


Korang tengo la ni perangai cicak sekarang....

Death Trap

Entahlah apa sebab papan lantai ini boleh patah. Mungkin ada orang yang terlebih berat di sekolah ataupun papan tu memang dah senja...


Tapi "ngam" lai tu (dengan izin) boleh juga dapat peruntukan baru untuk ganti papan lantai sekolah....



Thursday, March 12, 2009

Gambar Bilik Berhantu




Saja-saja mo kasi gempak sikit2...sebenarnya tak da seram atau antu pun dalam gambar ni...suma mo kasi tayang tabir bilik sia ja...hehe

Pisang Hutan

Ini gambar jantung pisang hutan. Sia jumpa masa pi cari tuhau. Warna dia cantik juga...


Entahlah..jantung pisang hutan boleh makan ka tidak...buahnya memang boleh makan (slalunya monyet ja makan ni..haha) tapi ingat jangan telan bijinya sebab nanti karas taie...



Tuesday, March 10, 2009

Sekitar Sukan Zon Dalit 2006

Our school team with Mr. Nusai, our security guard..

My students, most of them are in secondary school now.

Sk. Malaing team, with the school at the background.

Another school participating in the sport event.

The school that participate in the events.

Representing our school Sk. Malaing

Sk. Inandung

Sk. Dalit

Sk. Bonor

Sk. Mamagun


Sk. Nangkawangan

Monday, March 9, 2009

The Most Notorious Sleeping Positions





Sana Sini Malaing

Ini memang tida ketinggalan...


Jgn terkezut kalu loceng sk kmi lebih advance walaupun di tengah hutan...


Pintu ke pejabat guru..meja yg pertama kna nampak ialah meja PK...


Bendera Malaysia yang kna lukis tu murid2 suda natalup da...mgkn perlu ganti suda ni...


Ni la sinki tempat budak2 tu mencuci tangan...tp skrg ni tak berfungsi da...lg pun air selalu tiada...


Ni tangga kena pasang pagar supaya anjing tida masuk pi selongkar tong sampah ataupun pi tidur-tidur di kaki lima...


Ni dia loceng lama yang bnyk berjasa sama sekolah...tp bikin takut jg ni loceng...pernah terjatuh ni dulu..nasib baik tida kna kepala orang...


Jadual kedatangan harian yang agak "wow"...Cuba cari nama sia...



Water cooler ni baru kna pasang...tapi yang air panas tida kna activate...tukang pasang hari tu tak mo buat...dia bilang klu guru-guru mau juga air panas, sendiri pasang la...pjbt tida kasi diorang pasang...takut mgkn ada budak yang melecur...



Jadual waktu ni pun agak "wow" jg...tp ni ja la yg boleh buat setakat ni...cari ilham dulu mcm mna lg mo kasi tambah "wow"...

The Guitar At It's Idle Time

The guitar in sitting-in-state position..

The Most Expensive Shoes

This is my most beloved shoes...you know why because it can crawl the wall...you don't believe just ask me...hehe...actually I just washed it and to dry it, I put it outside the house in this position..

Signboard Projek Pembinaan Rumah Guru

The signboard and the new teacher's quarters in the background. Presently, there are 4 units of teacher quarters in Malaing... All are occupied and we hope that this new houses will be completed before the end of this years as promised...


Apa daa...projek suda bermula sejak tahun lalu baru kasi erect tu papan tanda...ini semua gara-gara terkeluar di news...cakap banyak pun bikin takut nanti kena pantau banyak kali lagi...hehe



Sunday, March 8, 2009

Jemur Kain

Tida salah ba kalu jemur kain di pagar kan...tapi jaga-jaga kena karan...sebab di Ranau sia dgr ada dua ekor lembu kena karan rumah solar...mgkn dia punya kabel terdedah ka apa...


Dan dengan bangganya...yang di blakang tu solar sekolah kami...hehe...suda beroperasi sejak akhir tahun lalu...


Tiada suda tempat jemur kain di sasapaian..fully occupied...jd jemur di pagar la..

Tempat Bersiram

Cuci kain pun bagus kalu di sini...tida payah bilas lama2...dua tiga kali ja suda hilang sabun...tangan pun tida panat.

Kalau mandi air graviti lagi bagus...sabun lakas hilang ba...kalau guna air hujan lambat hilang itu licin...tu la kenidupan kami di sini...bukan mcm korang yang mandi air paip..hehe..

Sebenarnya tempat mandi ni ada seorang guru lama yang bikin...kami menumpang ja...air dia dari anak sungai di ulu...

Mungkin ada yang tidak percaya, tapi inilah tempat kami mandi kalu tiada air tangki. Kira macam public bath la..tempat ni di siring jalan dan dekat balai raya..kalu ada orang limpas masa ko tengah mandi buat-buat tak tau ja..tp orang di sini tida kisah pun...

Masa sia ambil ni photo mo dekat pukul 6 ptg da..agak romantik jg pemandangan dia kan..tu cahaya matahri tu ba..