Saturday, April 24, 2010

Terasa Ingin Menulis Kembali.....

Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini....disebabkan oleh timbulnya distraction daripada benda-benda mcm FB, maka saya pn mulalah tidak ada masa untuk update blog ni...banyak perkara dan peristiawa di sekolah yang agak menarik untuk "ditayangkan" dalam blog ini yang terlepas...namun saya rasa mungkin ada perlu juga saya masukkan kemudian...saya harap minat ini tidak luntur malah semakin rancak di kemudian hari (harap-haraplah)...banyak gambar2 peristiwa di sekolah yang akan saya upload seperti sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan yang saya rasa paling meriah tahun lalu...begitu juga sambutan ini masuk dalam akhbar New Sabah Times..walaupun dalam ruangan Bahasa Dusun tapi puas hati juga sebab dapat full page...jadi natikanlah..mo cari dulu tu gambar...

Friday, September 25, 2009

Gambar si Uku



So ni la dia gambar puppy orang sebelah rumah kami d Malaing...comel ga la dia kan..nakal ni anjing ni suka pi gigit2 kaki sia kalu sia kluar dari rumah.satu lg tebiat dia ni suka pi bawa2 selipar klu kna kasi tinggal ja d luar rumah..klu jumpa tu selipar suda nogurangsang suda..so beware..ni puppy ni dia punya appearance yellowish..tengo ja la idung dia tu...mgkn klu manusia orang putih kali dia ni kn..stakat ni blm ada nama dia ni tp sia kasi nama dia si "Little Dog" atau initialnya "Lil Dog"....

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Wishing all my muslim friends "Selamat Hari Raya 2009. Maaf Zahir dan Batin"

Friday, July 10, 2009

Sebuah Pusat Kraftangan Akan Dibina d Kg. Toboh Baru



LAWAT TAPAK ... Musa semasa melawat tapak pusat kraftangan di Kg. Toboh Baru.
8th July, 2009

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersetuju dengan cadangan pengwujudan ‘Fruit Valley’ di kawasan Sook sebagai salah satu sektor pembangunan sekaligus memberi ruang kepada daerah ini berkembang dalam pelbagai sektor.

Cadangan pengwujudan ‘Fruit Valley’ diusulkan oleh ini Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof ketika pembentangan taklimat pembangunan kepada ketua menteri di Hotel Perkasa yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan di sini kelmarin.

Musa berkata, pengwujudan projek ‘Fruit Valley’ adalah salah satu projek yang membantu daerah ini mencapai pembangunan dan sekaligus rakyat dapat merasakan pembangunan tersebut dan ianya sejajar dengan konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Beliau berharap pelaksanaan projek tersebut dapat disegerakan supaya projek pembangunan yang lain dapat dijalankan dengan cepat dan rakyat dapat menikmati usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Tambahnya, dengan ada-nya projek tersebut sektor ekonomi daerah ini akan me-ningkat dan juga kemungkinan projek tersebut akan memberi tarikan kepada pe-lancong untuk datang ke daerah ini, dan ini sekaligus me-ningkatkan sektor pelancongan di daerah ini.

Projek itu berkonsepkan buah-buahan dan herba serta boleh ditambah dengan penanaman sayur-sayuran dan ia amat sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut kerana iklim yang sesuai.

Musa berharap kawasan seluas 1,000 ekar yang dicadangkan untuk projek itu dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dilaksanakan di negeri Selangor.

Beliau juga menasihatkan pegawai-pegawai kerajaan supaya bekerjasama untuk membangunkan daerah ini kerana beliau percaya dengan adanya kerjasama dari setiap pihak, segala pembangunan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Selepas taklimat pembangunan daerah yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Ketua Menteri melawat tapak baru bangunan pusat kraftangan di Kg. Toboh Baru.

Wednesday, May 27, 2009

Kisah Troli Tenom






Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan merupakan nadi utama kehidupan di kawasan pedalaman. Bagi saya yang bertugas di Malaing dalam kawasan Dalit ini keadaan ini memang amat terasa. Semasa mula-mula mengajar di kawasan ini. Saya bersama-sama dengan rakan guru yang lain pernah berjalan kaki selama hampir dua jam untuk mencari kenderaan keluar ke Keningau.

Itu pun setelah penat dua jam berjalan perlu menunggu lori "company" untuk ditumpangi. Pertama kali berjalan kaki penatnya bolehlah tahan. Sampai di rumah bila buka kasut kaki dah melecet. Itulah sebabnya kalu mo jalan kaki jauh-jauh perlu pakai stokin. Nasib baik jugalah kawasan saya tidak ikut sungai macam kawan-kawan lain yang bertugas di Pensiangan.

Syukurlah sekarang ni saya tidak pernah lagi berjalan kaki untuk mencari kenderaan untuk balik macam dulu. Semasa membuka laman web bharian beberapa hari yang lalu, saya terbaca artikel pasal penduduk di beberapa kampung di Tenom yang terpaksa mencari insiatif sediri untuk ke pekan Tenom disebabkan satu-satunya jaringan pengangkutan di tempat itu iaitu keretapi terputus kerana sedang dalam proses pembaikan.

Menurut artikel ini, penduduk kampung di kawasan yang terjejas ini telah mencari inisatif sendiri untuk meggunakan troli yang diletakkan di landasan keretapi sebagai kenderaan ke pekan Tenom untuk memasarkan hasil pertanian ataupun membeli keperluan harian.

Saya "salute" juga dengan kreativiti orang-orang kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Tapi saya tidak dapat bayangkan sekiranya ada orang yang sakit tenat ka ataupun ibu yang mo beranak berhadapan dengan situasi seperti ini.

Untuk "berkayuh" selama dua atau tiga jam mungkin satu kerja yang memenatkan. Bukan saja sakit tangan tapi mungkin sakit otot paha dan perut. Mau-mau pun sakit seluruh badan. Tapi saya rasa orang sana semua lasak-lasak ba kan. Tapi apapun semoga kemudahan pengangkutan mereka dapat diperbaiki dengan segera oleh kerajaan. Ataupun paling senang bina saja jalan raya di kawasan itu.

Artikel keseluruhan boleh didapati di sini




Gambar dipetik dari Berita Harian