Wednesday, May 27, 2009
Kisah Troli Tenom
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan merupakan nadi utama kehidupan di kawasan pedalaman. Bagi saya yang bertugas di Malaing dalam kawasan Dalit ini keadaan ini memang amat terasa. Semasa mula-mula mengajar di kawasan ini. Saya bersama-sama dengan rakan guru yang lain pernah berjalan kaki selama hampir dua jam untuk mencari kenderaan keluar ke Keningau.
Itu pun setelah penat dua jam berjalan perlu menunggu lori "company" untuk ditumpangi. Pertama kali berjalan kaki penatnya bolehlah tahan. Sampai di rumah bila buka kasut kaki dah melecet. Itulah sebabnya kalu mo jalan kaki jauh-jauh perlu pakai stokin. Nasib baik jugalah kawasan saya tidak ikut sungai macam kawan-kawan lain yang bertugas di Pensiangan.
Syukurlah sekarang ni saya tidak pernah lagi berjalan kaki untuk mencari kenderaan untuk balik macam dulu. Semasa membuka laman web bharian beberapa hari yang lalu, saya terbaca artikel pasal penduduk di beberapa kampung di Tenom yang terpaksa mencari insiatif sediri untuk ke pekan Tenom disebabkan satu-satunya jaringan pengangkutan di tempat itu iaitu keretapi terputus kerana sedang dalam proses pembaikan.
Menurut artikel ini, penduduk kampung di kawasan yang terjejas ini telah mencari inisatif sendiri untuk meggunakan troli yang diletakkan di landasan keretapi sebagai kenderaan ke pekan Tenom untuk memasarkan hasil pertanian ataupun membeli keperluan harian.
Saya "salute" juga dengan kreativiti orang-orang kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Tapi saya tidak dapat bayangkan sekiranya ada orang yang sakit tenat ka ataupun ibu yang mo beranak berhadapan dengan situasi seperti ini.
Untuk "berkayuh" selama dua atau tiga jam mungkin satu kerja yang memenatkan. Bukan saja sakit tangan tapi mungkin sakit otot paha dan perut. Mau-mau pun sakit seluruh badan. Tapi saya rasa orang sana semua lasak-lasak ba kan. Tapi apapun semoga kemudahan pengangkutan mereka dapat diperbaiki dengan segera oleh kerajaan. Ataupun paling senang bina saja jalan raya di kawasan itu.
Artikel keseluruhan boleh didapati di sini
Gambar dipetik dari Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Lucu pula bila teringat balik 'perdebatan kosong' di antara dua orang menteri dari Sabah di parlimen tidak lama dulu yang cakap pasal keretapi api Sabah yang paling terdaif sekali di seluruh Malaysia.
Sudahlah 'terdaif, runtuh lagi. Ber'kayuh' menggunakan 'troli buatan sendiri' ini sudah menunjukkan betapa sedihnya orang-orang Tenom, jadi bahan berita pula. Harap2 ada perubahan selepas ni kan igu.
Ya sia masi ingat ingat lg tu..klu x silap c Ghapur n Bung Moktar vs. Lajim kalitu..ckp ada peruntukan ja tp xsmpi..kretapi kta ni mcm zaman2 British dlu lg xpandai kna kasi upgrade2..
ko pernah dgr ka yg org putih dlu rancangan kasi expand tu railway dr Tenom sampai Tawau..mgkn melalui kawasan Rundum kali..tp bla dorg blk kg..tbngkalai la tu rancangan..
Sedih jg sb kretapi kta masih d takuk lama..mo jg rasa naik keretapi moden ba..hehe
lex...
sayu plak tgk dorang mcm tu.
bah mana sudah tu peranan YB? Alala..cicak keretapi di Sabah mmg totaly DAIF. Can't deny it.
pity them...
Post a Comment