Tuesday, April 14, 2009

Gambar Murid Tahun 4&5

Masa saya baru sampai ke sekolah ini murid-murid Tahun 5 ni masih di Tahun 1. Tidak sangka sudah lima tahun rupanya saya di sekolah ni. Padahal saya baru rasa macam sekejap saja...



Murid saya lebih suka kepada aktiviti seperti melukis tapi lukisan mereka tidak ada pun yang masterpiece. Satu saja harapan saya kepada budak-budak ni ialah supaya mereka dapat menghabiskan pendidikan sampai Tingkatan 5. Tapi kalau lebih daripada tu pun lebih baik lagi.



Menghafal sifir merupakan satu benda yang belum budak-budak tu kuasai sampai sekarang...harap ada orang yang boleh berkongsi kemahiran mengajar sifir dengan saya...tapi saya bukan guru Maths pula baru saya ingat...hehe...



Salah satu benda yang saya tidak suka ialah penggunaan 'correction fluid' di sekolah (budak-budak tu panggil "blingko') selain mengotorkan buku, meja dsb, ia juga menyebabkan murid-murid tu tidak berhati-hati masa buat tugasan.



Tengoklah meja murid-murid ni...comotnya bukan main...



Buat pengetahuan di sekolah saya ada dua kelas gabung iaitu kelas Tahun 4&5 dan kelas Tahun 2&3. Selalunya saya berikan aktiviti dan latihan yang sama semasa mengajar.



Cuma Tahun 4 ni masih lagi belum dapat adapt dengan suasana tahap 2...menyalin kerja masih lambat dan tulisan masih teruk...harap-harap apabila mereka naik ke Tahun 5 ada perubahan nanti.



Yang seorang ni tengah syok bercakap masa saya tangkap gambar...kerja belum tau suda siap ka?...




1 comment:

alexious gidin said...

Hai cikgu, jauh pula cikgu ditempatkan kan?

Saja nak iklan blogspot saya. Kalau ada kelapangan, datanglah join. Sila beri tunjuk ajar.